Hentikanlah 'PENDERAAN PADA KANAK-KANAK'..
Kes ini tidak boleh dibiarkan..
Walaupun ada yang menjadi kes berat dan ada juga yang diambil mudah..
Tolong prihatin ya kawan-kawan sekalian..
Isu semasa kes yang melibatkan pengasuh tidak bertanggungjwab..Contohnya, bayi yang meninggal dunia di taska..Ini sangatlah sedih..Cuba fikir bila kita sendiri berada dalam situasi tersebut..
Perasaan tak terkata dan berkemungkinan boleh meroyan..
Emosi terganggu..Tuhan saja yang tahu perasaan ini..
Apa sahaja boleh berlaku di Taska....
Kawan saya sendiri mengalami masalah apabila hantar bayinya di Taska..
Dalam tidak disangka anaknya kena pukul sehingga ada kesan di badan anaknya..Memang teruk..
Nasib sedar kalau tak bahaya..Antara perlakuan pengasuh:
1. Tidak memberi makanan atau minuman...
(Akibatnya: anak lapar dan dahaga)
2. Menengking, memukul & memijak
(Akibatnya: anak menangis & kesan luka atau lebam di anggota badannya)
3. Membiarkan anak sendiri atau dengan erti kata lain 'TAK JAGA'..
(Akibatnya: anak akan melakukan perkara yang mencederakan diri)
Ada banyak lagi...Kalau ditanya pada org yg mengalaminya..Macam-macam hal lagi berlaku..Untuk blogger atau pembaca, pernah ke dengar pasal masalah taska atau pengasuh anak-anak ni???
Kenapa pengasuh ni buat sedemikian..Kenapa??Kenapa??
Apa masalah korang...Berkemungkinan alasannya:
1. Mereka didera zaman dahulu dan nak balas dendam..
(Kalau betul la ini tapi korang masih hidup lagi kan..Jangan sebab dendam anak orang lain mati pulak)
2. Mereka tak suka kanak-kanak..
(Kalau tak suka kenapa nak keje kat taska??)
3. Terpaksa kerja di taska..
(Tau peluang pekerjaan kurang tapi kalau tak ikhlas nak jaga baik jangan)
Banyak lagi kot alasan ataupon korang memang psycho..
Korang kene fikir sekiranya berlaku kat korang,anak korang sendiri..
Untuk blogger atau pembaca, korang rasa kenapa ek pengasuh ni??
Bagaimana kita nak percayakan pengasuh atau taska sekiranya perkara sebegini berlaku...
Susah! susah!
Walau bagaimanapun dengan adanya
UNICEF menyuarakan 'Stop Child Abuse' membantu kita semua..
Lindungilah anak-anak...
Nuffnang memberi peluang pada saya memberi pendapat dan luahan terhadap perkara ini..
Semoga apa yang UNICEF cuba sampaikan pada semua diberi perhatian..
Sekian terima kasih...