Click...

Wednesday, January 18, 2006

A Walk To Remember - Egypt





Malaysia to Cairo..24/12/05-01/01/06

Perjalanan ke Cairo mengambil masa 10 jam..Cairo yang lebih terkenal dengan nama egypt..Sebelum pergi mengetahui terdapat beberapa tempat bersejarah di sana..pyramid..paling synonim..Cuaca di sana sangat sejuk..

Hari Pertama(Ahad, 25 DIS)

Sampai sana disambut oleh student malaysia UNIVERSITI AL-AZHAR(Universiti yang bile aku dengar aku sangat banggakanpelajar dari situ)..Kami dibawa ke tempat penginapan iaitu apartment student lelaki al-azhar..APARTMENT PAHANG..Pagi..Hari pertama menikmati egypt..Mengikut student kelantan sorang tu keadaan yang sejuk itu berbahaya so kurangkan mandi..mandi 2 atau 3 hari sekali shj..Ini adalah kerana kesan radioaktif peperangan di sane..Berkenalan degan tour guide kami yang juga adalah student al-azhar di sane.hafiz..Dia membawa kami ke pyramid..[Pyramid Saqqara,Pyramid Giza, Pyramid Spinx]..Sepanjang lawatan itu dia memberitahu sejarah-sejarah terdahulu..

Hari Kedua (Isnin, 26 Dis)
Kami melawat masjid-masjid, makam, kubu bersejarah..Buat pengetahuan..Di Cairo terdapat 3000buah masjid..Orang di sana sangat mementingkan solat..Sehinggakan di mana-mana shj boleh sembahyang..Di sana terdapat kawasan kubur diletakkan di bawah tanah dan rumah berada di atasnya..Melawat: Citadel Salahuddin, Masjid Sultan Hassan, Masjid Rifa'ie

Hari Ketiga (Selasa, 27 Dis)

Kami juga pergi ke Alexandria yang juga dikenali sebagai Iskandariah..Perjalanan Cairo ke sane mengambil masa 3 jam..Di sana kami melawat Montaza,Istana Farouk,Makam Nabi Daniel dan makam sahabat nabi
Hari Keempat (Rabu, 28 Dis)
Melawat kubu Qaitbay, Roman Theater(seperti Coliiseum di Rome) dan Perpustakaan Iskandariah[Perpustakaan pembinaan yang unik dan menggunakan tenaga suria untuk elektrik]..Sane 2 hari dan kemudian kami pulang ke Kaherah kembali..Pada malamnya menaiki kapal Cruise..

Hari Kelima (Khamis, 29 Dis)

Hari berikutnya kami melawat Muzium Firaun,Kristal Asfour[Kristal paling terkenal di dunia],Masjid Amru al'As[Masjid pertama di africa],makam Imam Syafie dan pergi ke bazar khalili khan[pasar jual barang murah2]..

Hari keenam (Jumaat, 30 Dis)

Kemudian hari seterusnya kami berangkat melawat SUEZ..Kami melalui terowong di bawah terusan Suez..Di sana kami pergi ke tempat kawasan peperangan Israel dan Mesir..kami dapat melihat segala senjata, tempat perang, tempat tidur dan sbgnya..Setelah itu, kami pergi ke Telaga Nabi Musa a.s..Di sana adalah kawasan perkampungan Arab..betul2 di padang pasir..

Hari Ketujuh (Sabtu, 31Dis)

Hari terakhir aktiviti bebas kami pergi ke shopping kompleks di sana dan bazar..Pergi dengan student sane dengan teksi..[Ibnu Sina dan Hafiz]..Kemudian pulang ke Malaysia..

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan di sana..
-mula-mula di pyramid Saqqara bayar full fee untuk semua tapi rupanya budk2 boleh byr dgn fee student walaupun xde kad student..Time dkt pyramid Giza polis tu tahan kate budk bleh byr dgn fee student.. bile tukr tiket student je..polis tu minta tips..tips tu yang kitorg duit yg dpt from tukr tiket tu..maknanya same je la duit lesap gak..lepas tu ape2 fee pn gune fee student..murh je la..

-dekat bazar pulak..Bazar ni ramai sgt org..langgar sini sane..tmpt kwsn kite nk beli tu..kadg2 lori lalu,troli jual brg lalu..dhla sempit.memg tensen,,tp sabr je la..kna tolak pn ade..

-org sane kite kene bijak tawar menawar..memg sane asik tawar menawar je..even naik teksi pn bleh tawar bayaran teksi..diorg kate kite kene tegas dgn byrn yg kite nk.. mcm bile die x bg kite buat2 pergi dr org jual tu..nanti die pnggil kite blk n dpt la harga murh..taktik tu.. diorg bleh ckp melayu mcm (harga murah,harga runtuh,...)..

-perpustakaan Iskandariah nk masuk mcm naik kapal terbang ade security check..masuk muzium pn..

-ni plg ingat..di kwsn perkampungan arab..ari yang kitorg pergi tu ari jumaat..so kene solat jumaat..time tgh tnggu dlm van org solat jumaat..ramai budk2 berkumpul di van kitorg..memg x bleh kuar.. budk2 tu ketuk2 pintu tingkap van, panjat naik van..van bergoyang2..kasihan ade..takut pn ade..diorg minta mcm2..keadaa diorg yang penuh dengan pasir..dengan hingusan..pelbagai telatah di luar van kitorg.. nak bagi mkn tp tkt nnti die minta lg..n diorg berebut..kesian jugak..so elakkan je..bile dh abis solat bapa diorg kuar masjid diorg pn lari..diorg tkt dgn bapa mereka..Mak bapa mereka marah dgn cara membaling batu..

-keadaan bandar di sana..mereka di sana membawa kereta dengan lajunya..walaupun ade traffic jam tp kenderaan tetap bergerak..wpun laju tp kadar kemalangan kurg..kereta di parking di mana-mana mereka hendak..tp mereka akan tidak menarik handbreak..spy bleh digerakkan..kereta sane byk yg remuk..tp mereka x kisah. -Ada juga peminta sedekah yang ikut je ke mana kite pergi sampai kite bg duit kpd mereka..

-Ini pengalaman menyedihkan..Ketika di Makam Imam Syafie..Mazhab kita..Di tepi makam tersebut keadaan tidak bersih seperti sampah. Ini kerana ada yang mencampakkan pelbagai barang memohon sesuatu..Memang menyedihkan tempat tersebut tidak dibersihkan.. Kemudian ada seorang arab ni meminta derma..derma boleh diberi dengan seberapa yang kite nak..tetapi arab ni meminta byk2..kwn Mak daddy geram sgt..Kami merasakan ini adalah untuk dirinya sendiri bukn unt masjid atau makam..

-Makan di sane senang..Hari pertama makan..byk sgt di serve kan..Nasi, roti dan pelbagai juadah lain..memg terlebih diberinya..Kemudian ada juga makan di Malaysia Hall..Makan di Alexandria makan seafood..Roti sane memg sedap2..Kebab kt sane besar sgt terlbh kenyang..even mkn kt cafe apartment ktorg org melayu msk..byk sgt nasinya..

Ini sume adalah pengalaman..Journey yang menarik..Semoga dapat menyambungkan journey ke negara arab yang lain..negara Islam..Sambil melancong dapat mengetahui keadaan dunia di negara luar..Malaysia patut berbangga kerana bertuah mempunyai rakyat dan keadaan yang sejahtera..Pergi ke negara lain kite nampak kesengsaraan negara tersebut dan bertuahnya kite dengan negara kite..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails